BAITULMUQADDIS: Tentera Israel mendakwa Hezbollah menyimpan ratusan juta dolar dalam bentuk wang tunai dan emas di kawasan kubu yang dibina di bawah sebuah hospital di Beirut. Namun rejim itu berkata, mereka tidak akan menyerang kemudahan itu ketika meneruskan sasaran terhadap aset kewangan kumpulan tersebut. Ahli Parlimen Lubnan dari Parti Gerakan Syiah Amal yang juga Pengarah hospital berkenaan, Al-Sahel, Fadi Alameh memberitahu, Israel sengaja membuat dakwaan palsu dan menyebarkan fitnah terhadap…










