Industri penerbangan India terima lebih 100 ancaman bom palsu

Industri penerbangan India terima lebih 100 ancaman bom palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI : Industri penerbangan India menjadi huru-hara apabila menerima lebih 100 ancaman bom palsu dalam tempoh beberapa hari. 

Ancaman itu memaksa pesawat untuk menunda jadual, mengubah laluan dan melakukan pendaratan kecemasan, sekali gus menimbulkan kerugian besar menjelang perayaan Deepavali. 

Ugutan terbabit menyasarkan penerbangan domestik dan antarabangsa, termasuk perjalanan jarak jauh ke destinasi seperti New York. 

Kes ancaman paling berprofil tinggi melibatkan Air India minggu lalu, apabila salah satunya menuju ke Chicago terpaksa membuat pendaratan kecemasan di bandar paling utara Kanada. 

Sebuah lagi penerbangan ke Singapura diiringi jet pejuang Singapura dengan pasukan pemusnah bom bersiap sedia di lapangan terbang.

Menurut Pakar Penerbangan, Sanjay Lazar, ancaman bom palsu bukanlah perkara baharu di India, namun frekuensi dan tahap gangguan kali ini adalah luar biasa, memaksa penyiasat bertungkus-lumus mengenal pasti dalang di sebalik ancaman ini.

Minggu lalu, Pihak Polis Mumbai menahan seorang remaja yang dipercayai memuat naik ancaman terhadap IndiGo Airlines dalam platform X.

Polis juga sedang menyiasat seorang lagi remaja yang disyaki terlibat, namun tiada sebarang tangkapan dibuat dan ancaman terus diterima walaupun pihak berkuasa meningkatkan langkah keselamatan serta memberi jaminan kepada penumpang.

Menurut Lazar, setiap ancaman bom memerlukan proses yang panjang seperti menyaring setiap bagasi, meneliti keseluruhan pesawat, dan menunggu tempoh ‘penyejukan’ pesawat sebelum ia boleh digunakan semula. 

Ini menyebabkan syarikat penerbangan mengalami kerugian besar yang dianggarkan mencecah ratusan ribu dolar bagi setiap ancaman.

Menurut Lazar, tempahan penerbangan untuk tempoh perayaan seperti Diwali pada 31 Oktober ini akan meningkat 85 peratus berbanding tahun lepas, melebihi paras sebelum pandemik.

Kementerian Pengangkutan kini merancang untuk memperkenalkan pindaan undang-undang sebagai langkah pencegahan. 

Jika diluluskan, pindaan tersebut akan meletakkan pesalah hoaks dalam senarai larangan terbang dan mengkategorikan ancaman palsu sebagai ‘kesalahan boleh ditangkap’ yang membolehkan polis menahan suspek tanpa waran. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN