MANIS, masam dan di hujung hirupan disusuli sedikit masin yang mungkin ‘mengejutkan’ lidah serta tekak anda.
Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke Restoran Aras di Menara Kuala Lumpur (KL), pasti sudah terbiasa dengan ‘rasa’ istimewa hidangan jus selamat datang, Ultimate 282 ini.
Ia tidak seperti minuman biasa lain kerana menggabungkan tiga elemen iaitu manis, masam dan masin.
Seri kongsikan resipi jus Ultimate 282 untuk dicuba di rumah.
Minuman ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan bagus untuk sistem pencernaan.
BAHAN-BAHAN:
-1 sudu markisa
-Sebiji oren
-Sedikit jus lemon
-Secubit garam
-Ais
CARA PENYEDIAAN:
-Letak garam pada bulatan gelas.
-Kemudian, kisarkan oren dan tuangkan jus pada gelas tersebut.
-Masukkan markisa dan sedikit jus lemon










