'DinFei' tunjukkan beregu No. 1 dunia jalan pulang

‘DinFei’ tunjukkan beregu No. 1 dunia jalan pulang

GOH Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd. Rumsani (depan) berjaya melangkah ke final Terbuka Arctic 2024 menewaskan pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang, 19-21, 21-17, 21-18 di Vantaan Energia Areena, Finland, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan beregu No. 1 dunia pada aksi separuh akhir Terbuka Arctic 2024, sebentar tadi.

Pasangan No. 8 dunia itu mempamerkan aksi menarik menewaskan gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang menerusi permainan tiga set, 19-21, 21-17, 21-18 di Vantaan Energia Areena.

Pada aksi akhir esok, Sze Fei-Nur Izzuddin dijadualkan akan bertemu gandingan Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh ataupun pilihan kedua kejohanan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Memuatkan artikel berkaitan…

Untuk rekod, pasangan profesional berkenaan sudah meraih dua gelaran pada musim ini iaitu Terbuka China dan Jepun.

Sementara itu, pasangan suami isteri negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai gagal meluaskan kemaraannya apabila tunduk kepada gandingan China, sebentar tadi.

Pasangan No. 10 dunia itu terpaksa akur dengan Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin menerusi permainan straight set 14-21, 8-21 dalam tempoh 30 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini