1.4 juta belia Korea Utara sertai tentera - Utusan Malaysia

1.4 juta belia Korea Utara sertai tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Media rasmi Korea Utara melaporkan sekitar 1.4 juta belia, termasuk pelajar dan pegawai liga belia menyertai atau kembali menyertai angkatan tentera, minggu ini.

Golongan belia ini, menurut laporan KCNA, bertekad untuk berjuang dalam ‘perang suci memusnahkan musuh dengan senjata revolusi’. 

Dakwaan Korea Utara mengenai terdapat lebih sejuta belia menyertai Tentera Rakyat Korea dalam masa dua hari muncul ketika ketegangan yang semakin meningkat di Semenanjung Korea. 

Tahun lalu, media Korea Utara turut mengeluarkan tuntutan yang sama, mendakwa rakyatnya secara sukarela menyertai tentera untuk menentang Amerika Syarikat.

Selasa lalu, Korea Utara meletupkan beberapa bahagian jalan dan laluan kereta api antara Korea di sebelahnya yang dipenuhi kawalan ketat, menyebabkan tentera Korea Selatan melepaskan tembakan amaran.

Pyongyang juga menuduh Seoul menghantar dron ke ibu kota Korea Utara dan kedua-dua negara itu bertengkar akibat belon sampah yang diterbangkan dari Korea Utara, sejak Mei lalu. 

Pyongyang menyatakan pelancaran itu adalah tindak balas terhadap belon yang dihantar oleh aktivis anti-rejim di Selatan.

“Jika perang meletus, Korea Selatan akan terhapus dari peta. Oleh kerana, negara itu menginginkan peperangan, kami bersedia untuk menamatkan kewujudannya,” kata laporan tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN