PETALING JAYA: Beregu campuran No. 1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki meskipun berjaya meraih kejuaraan di Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2024 di Seoul, Korea Selatan, semalam. Mereka mengambil masa selama 59 minit untuk membenam gandingan China dan juga beregu No.9 dunia, Guo Xin Wa-Li Qian 17-21, 21-13, 21-13 dalam perlawanan akhir. “Kami kalah pada set pertama, tetapi kami tidak berputus asa, jurulatih…










