Polis Indonesia tumpaskan sindiket jual beli bayi di Depok

Polis Indonesia tumpaskan sindiket jual beli bayi di Depok

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA BARAT: Polis Indonesia berjaya menumpaskan satu sindiket pemedagangan bayi di Depok, Jawa Barat, dengan menahan lapan individu yang terlibat dalam jual beli bayi daripada pasangan ibu bapa melalui Facebook sebelum dijual semula dengan harga lebih tinggi.

Ketua Polis Depok, Arya Perdana berkata, sindiket itu berjaya dikesan selepas pihak polis bertindak atas maklumat orang awam, dan beliau berkongsi butiran kes tersebut pada Selasa.

“Sindiket ini memperoleh bayi-bayi tersebut melalui Facebook. Mereka mencari ibu bapa yang ingin menjual anak mereka yang baru lahir. Siasatan kami mendapati bayi-bayi tersebut diiklankan di Facebook dengan harga antara 10 juta hingga 15 juta rupiah (RM3,000 hingga RM4,500) setiap seorang,” katanya seperti yang dilaporkan oleh CNN Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bayi-bayi tersebut kemudian dibawa ke Bali dan dijual semula dengan harga yang lebih tinggi iaitu mencecah 45 juta rupiah (RM 1 Juta).

Sebagai sebahagian daripada operasi tersebut, pihak berkuasa berjaya menyelamatkan dua bayi, iaitu seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan yang dijadualkan untuk dijual dan dihantar ke Bali, kata Arya dalam sidang akhbar.

“Mereka membuat persetujuan dengan ibu bapa yang sedang menunggu kelahiran anak, memastikan bayi dihantar ke Bali sebaik sahaja dilahirkan,” jelasnya.

Tambah Arya, sindiket itu juga mensasarkan warga asing sebagai pembeli berpotensi.

“Jika ada warga asing yang memerlukan bayi, mereka akan menjualnya kepada mereka,” katanya kepada Kompas.

Lapan individu tersebut yang ditahan berusia antara 22 hingga 41 tahun, kini berdepan dengan tuduhan berkaitan pemedagangan manusia serta pelanggaran undang-undang perlindungan kanak-kanak.

Antara yang ditangkap ialah empat ibu bapa yang menjual anak mereka, dua individu yang bertindak sebagai pencari dan pembeli, seorang sebagai perantara, serta seorang broker yang menguruskan transaksi tersebut.

Kesemua mereka masih dalam tahanan sementara prosiding undang-undang diteruskan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini