Jutawan AS individu awam pertama jelajah angkasa

Jutawan AS individu awam pertama jelajah angkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jutawan Amerika Syarikat (AS), Jared Isaacman muncul individu awam pertama melakukan penjelajahan di angkasa lepas, dalam satu cubaan syarikat SpaceX untuk mengkomersialkan industri angkasa.

Misi Polaris Dawn dibiayai sendiri oleh Isaacman, dilancarkan awal pagi semalam dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida, penjelajahan lebih jauh ke angkasa lepas pernah dicatat mana-mana manusia dalam tempoh setengah abad sejak program Apollo.

Kapsul Dragon milik syarikat SpaceX itu dilancarkan bersama empat orang kru ke orbit setinggi 700 kilometer sebelum aktiviti jelajah angkasa bermula pada pukul 7 pagi semalam waktu tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejurus mengorbit, jutawan itu bersama jurutera SpaceX, Sarah Gillis, membuka pintu dan memanjat melalui struktur yang dikenali sebagai Skywalker, sambil melihat pemandangan Bumi yang menakjubkan. 

“Bumi sangat cantik dan nampak sempurna,” kata Isaacman kepada pusat kawalan misi di Hawthorne, California, disambut sorakan krew misi di darat.

Isaacman dan Gillis menjelajah angkasa kira-kira 10 minit ketika kapsul Dragon mengorbit di atas Australia, New Zealand dan Lautan Pasifik.

Misi itu turut disertai krew Scott Poteet dan Anna Menon. 

Ini merupakan satu lagi pencapaian besar untuk SpaceX, syarikat yang diasaskan oleh Elon Musk pada tahun 2002.

Misi membabitkan orang awam ke angkasa lepas pada awalnya dipandang rendah, namun kini menjadi kenyataan dalam usaha menjadikan pelancongan angkasa sebagai industri komersial.

Pentadbir Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), Bill Nelson menyifatkan, kejayaan itu adalah satu perkembangan penting untuk industri angkasa komersial dan matlamat jangka panjang pihaknya membina ekonomi angkasa AS yang dinamik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini