EDINBURGH di Scotland dan Stockholm di Sweden sinonim dengan suasana kehidupan universiti yang meriah di samping kisah sejarahnya.
Unsur-unsur berbeza dari dua bandar itu menyuntik inspirasi buat rangkaian jenama fesyen global, Uniqlo dalam penghasilan koleksi musim luruh/sejuk 2024.
Dinamakan sebagai Nada Abadi, koleksi ini menggabungkan gaya klasik dengan sentuhan reka bentuk moden.
Daripada gabungan corak dan bahan tempatan Edinburgh kepada gaya kontemporari Stockholm.
Lebih istimewa, koleksi ini turut mewakili pendekatan baharu kepada koleksi LifeWear Uniqlo. Setiap helaian dilengkapi siluet baharu yang so stikated, versatil dan pelbagai bagi digunakan sepanjang musim gugur/ sejuk.
Ciri-ciri seperti warna, gaya dan bahan inovatif canggih pada item tradisional itu, sekali gus dapat menyerlahkan keanggunan si pemakai dan mudah dilapisi.
Koleksi ini mengambil inisiatif menggandingkan AIRism dengan LifeWear untuk mencipta gaya yang sesuai dengan iklim panas dan tropika Malaysia.
Misalnya, potongan leher tinggi tanpa lengan AIRism, yang diperbuat daripada rayon dan potongan UV.
Diikuti fabrik seperti pufftech dan heattech yang memberikan kehangatan dan kelembutan optimum.
Pufftech ialah benang paling ringan dan hangat yang dibangunkan dalam teknologi gentian inovatif.
Koleksi musim gugur/sejuk 2024 Uniqlo kini dijual di semua kedai dan dalam talian.










