LENGGONG: Seramai 55 kanak-kanak penghuni rumah amal kendalian Global Ikhwan Services & Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Perak diselamatkan setakat kelmarin dan mereka kini di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, yang tidak menafikan kewujudan aktiviti kumpulan itu di negeri ini. Beliau juga meminta Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk menyediakan laporan tentang kumpulan tersebut yang kini menjadi…










