Tiada kes baharu cacar monyet direkodkan di Malaysia

Tiada kes baharu cacar monyet direkodkan di Malaysia

MPOX
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada kes baharu cacar monyet (MPox) yang direkodkan di Malaysia ketika ini meskipun terdapat peningkatan kes penyakit itu khususnya di rantau Afrika baru-baru ini.

KKM dalam kenyataan memaklumkan, jumlah keseluruhan mpox yang disahkan setakat ini ialah sebanyak sembilan kes di mana kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir dilaporkan pada November 2023.

““Kesemua kes dilaporkan sebelum ini mempunyai sejarah menjalankan aktiviti berisiko dan kini telah sembuh dan tiada kematian dilaporkan,” katanya hari ini.

KKM berkata, ketika ini, terdapat sebanyak 99,176 kes mpox di seluruh dunia dengan melibatkan 116 buah negara, dengan 208 kematian.

Katanya, terdapat 934 kes dan empat kematian dilaporkan di seluruh dunia pada bulan Jun lalu yang mana 567 kes adalah dari rantau Afrika.

Cacar monyet ialah sejenis jangkitan disebabkan oleh virus mpox iaitu spesis di bawah genus Orthopoxvirus.

Jangkitan boleh berlaku antara manusia ke manusia melalui sentuhan rapat secara langsung dengan ruam atau lepuh pada kulit individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.

Jangkitan juga boleh berlaku melalui pendedahan kepada cecair respiratori semasa hubungan intim.

Gejala mpox ialah demam berserta ruam maculopapular rash atau ruamlepuh pada muka, tapak tangan, tapak kaki, kemaluan, konjunktiva dan juga kornea.

Tempoh pengeraman (incubation period) iaitu tempoh daripada terdedah kepada jangkitan sehingga individu menunjukkan gejala jangkitan mpox adalah antara lima hingga ke 21 hari.

Individu positif jangkitan mpox boleh menjangkiti orang lain sehari sebelum gejala muncul dan
sehingga semua lepuh telah kering sepenuhnya.

Individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan bergejala dinasihatkan agar menjalani pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran.

Pengamal perubatan yang merawat kes disyaki dan kes yang disahkan perlu melaporkan ke Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran agar siasatan, langkah-langkah pencegahan dan kawalan dapat dijalankan bagi mengelakkan berlaku penularan jangkitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN