SPRM langgar undang-undang, ambil keterangan Wira Dani tanpa peguam SPRM langgar undang-undang, ambil keterangan Wira Dani tanpa peguam

SPRM langgar undang-undang, ambil keterangan Wira Dani tanpa peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa  melanggar undang-undang apabila mengambil keterangan anak sulung bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Wira Dani tanpa kehadiran peguamnya, semalam.

Peguam bela, Rajesh Nagaran yang mewakili Wira Dani dalam  kenyataan berkata, anak guamnya telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada pukul 9.30 pagi, 22 Ogos lalu bagi membantu siasatan terhadap bapanya.

Walaupun hadir ditemani peguam, Rajesh menyatakan, Wira Dani dihalang untuk terus bersama peguamnya sepanjang sesi soal siasat.

Anak sulung Tun Daim Zainuddin, Wira Dani Abdul Daim  telah diambil kenyataanya tanpa kehadiran peguamnya di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada pukul 9.30 pagi, 22 Ogos lalu.

“Di bawah undang-undang, setiap seseorang berhak mendapat representasi undang-undang. Penafian hak untuk mendapatkan nasihat undang-undang dan perwakilan adalah melanggar hak perlembagaan Wira Dani seperti yang dijamin dalam Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan,” kata Rajesh.

Rajesh turut mendakwa anak guamnya juga telah diugut bahawa jika Wira Dani berkeras mahu ditemani oleh peguam, beliau  akan segera ditangkap dan tindakan keterlaluan itu menunjukkan SPRM telah salah guna kuasa.

“Kami menggesa Ketua Pesuruhjaya  SPRM, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan segera menghentikan amalan haram menafikan hak warganegara untuk mendapatkan nasihat undang-undang.

“Sementara itu, kami menuntut penjelasan  SPRM dan Menteri Dalam Negeri atas penafian hak Perlembagaan untuk mewakili dan jaminan bahawa hak dan keselamatan Wira Dani akan dilindungi,” katanya. 

Pada 29 Januari lalu, Tun Daim didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan tidak mematuhi notis SPRM berhubung pengisytiharan 70 aset hartanya.

Bagaimanapun, Daim mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN