Skandal 1MDB: Eksekutif Petrosaudi buat rayuan hukuman - Utusan Malaysia

Skandal 1MDB: Eksekutif Petrosaudi buat rayuan hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZURICH: Eksekutif syarikat penerokaan minyak PetroSaudi, Patrick Mahony akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah semalam selepas beliau dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana menggelapkan sebanyak (RM7.78 bilion) dari dana pelaburan negara Malaysia, 1MDB.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peguamnya, Laurent Baeriswyl menyifatkan, keputusan oleh Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland kelmarin sebagai mengejutkan.

“Kami akan mengemukakan rayuan. Pendakwa raya mendakwa Mahony melakukan kesalahan yang anak guam kami sendiri tidak tahu.

“Sepanjang perbicaraan, tiada bukti menunjukkan anak guam kami terlibat dalam jenayah yang didakwa,” jelas beliau seperti laporan Reuters.

Baeriswyl berkata, beliau yakin Mahkamah Rayuan akan mengambil kira bukti yang jelas dan membebaskan Mahony.

Kelmarin, Mahony yang juga warganegara Swiss-Britain dan Tarek Obaid dari Swiss-Saudi, diperintahkan membayar semula lebih AS$1.75 bilion (RM7.5 bilion) kepada dana 1MDB.

Menurut dakwaan, menerusi penipuan itu Obaid memperoleh sekurang-kurangnya AS$805 juta (RM3.48 bilion) dan Mahony sekurang-kurangnya AS$37 juta (RM160 juta).

Obaid dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun.

Mereka berdua disabitkan kesalahan atas dakwaan penipuan, pengurusan jenayah, dan penggubahan wang haram oleh mahkamah di bandar Bellinzona, Switzerland.

Keputusan itu adalah episod terbaharu dalam skandal 1MDB, sebuah kisah kompleks rasuah antarabangsa yang menggemparkan pelbagai institusi kewangan dan individu di seluruh dunia sejak dakwaan kesalahan pertama kali timbul pada tahun 2015.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN