DHAKA: Pemenang Hadiah Nobel tunggal Bangladesh, Muhammad Yunus akhirnya kembali ke tanah airnya untuk mengetuai Kerajaan Interim ekoran tindakan Sheikh Hasina meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Beliau yang berada di Eropah untuk mendapatkan rawatan di Perancis dipilih sebagai Ketua Kerajaan Sementara Bangladesh tiba di lapangan terbang negara itu hari ini. “Saya berasa seronok pulang ke tanah air,” kata ahli ekonomi itu ketika disambut pegawai tentera dan pemimpin pelajar. Beliau dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Kerajaan sementara di hadapan Presiden Bangladesh, Mohammed Shahabuddin pada petang ini.-REUTERS.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya