DOHA: Jenazah Ketua Biro Politik Hamas dan bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh selamat dikebumikan di Lusail, utara Doha hari ini. Terdahulu, keranda jenazah yang dibaluti bendera Palestin dibawa ke Masjid Imam Muhammad Ibn Abd al-Wahhab untuk solat Jenazah. Ratusan ribu umat Islam dari pelbagai negara menyertai solat jenazah dengan suasana hiba menyelubungi masjid sebaik sahaja doa dibacakan terhadap Ismail. Menurut Al-Jazeera, para jemaah hadir yang memakai mafla bendera Palestin berkumpul sejak awal pagi untuk menunaikan solat jenazah yang dilakukan selepas solat Jumaat. Selepas itu, jenazah dibawa di Tanah Perkuburan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya