Punca kematian kanak-kanak maut akibat didera masih belum diperoleh Punca kematian kanak-kanak maut akibat didera masih belum diperoleh

Punca kematian kanak-kanak maut akibat didera masih belum diperoleh

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK : Punca kematian kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dipercayai akibat didera dekat sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang semalam setakat ini masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad berkata, proses bedah siasat ke atas mangsa masih lagi dijalankan.

“Punca kematian mangsa masih belum disahkan setakat ini, urusan bedah siasat masih lagi dijalankan.

“Motif kejadian juga masih belum ada setakat ini, proses soal siasat terhadap ibu dan bapa tiri mangsa masih lagi sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, polis hadir semula di lokasi kejadian dipercayai untuk menjalankan siasatan lanjut.

Tinjauan di perumahan yang diduduki kedua-dua suspek itu dan mendapati keadaan lengang di sekitar lokasi berkenaan.

Media hari ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dalam kejadian di sebuah pangsapuri dekat Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini.

Susulan itu, polis memberkas pasangan suami isteri yang juga merupakan ayah tiri dan ibu kandung kepada mangsa bagi siasatan lanjut berkaitan kematian mangsa.

Noor Ariffin dilaporkan berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan berkaitan kematian mangsa kira-kira pukul 3.27 petang.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam di muka, tangan, kaki dan badan mangsa dipercayai dicederakan dengan tangan atau kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN