VIENNA: Pihak berkuasa Austria menemukan bahan kimia di rumah suspek lelaki berusia 19 tahun yang merancang menyerang konsert artis antarabangsa, Taylor Swift di Vienna, Austria.
Menurut Reuters, perkara dimaklumkan oleh Pengarah Umum Keselamatan Austria, Frankz Ruf.
Katanya, dua lelaki tersebut dipercayai pengikut kumpulan Negara Islam (IS_.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kami sudah tentu menyiasat persekitaran mereka yang lebih luas,” kata Ruf, sambil menambah bahawa ancaman itu dapat dikurangkan dengan penahanan suspek.
Tiga konsert artis Taylor Swift yang dijadual berlangsung di Vienna, Austria dalam minggu ini dibatalkan setelah pihak kerajaan mengesan wujudnya serangan.-REUTERS.











