PETALING JAYA: Hasrat beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah untuk melakar sejarah di pentas final Olimpik Paris tidak kesampaian apabila tewas kepada gandingan China di separuh akhir, sebentar tadi.
Pada aksi yang mendebarkan itu, menyaksikan pasangan nombor 13 dunia itu sukar menyekat kemaraan Chen Qing Chen-Jia Yi Fan sebelum tewas permainan tiga set 21-12, 19-21 dan 14-21 dalam tempoh 78 minit.
Pearly-Thinaah yang bermula sedikit goyah dan ketinggalan sejak awal permainan tewas 12-21 pada set pertama.
Bagaimanapun, gandingan negara itu bangkit semula serta saling berkejaran mata meraih kemenangan 21-18 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Pada set penentuan, beregu wanita negara mempulas tenaga sehabis baik untuk meloloskan diri ke pentas final buat kali pertama dalam sejarah Malaysia pada acara berkenaan.
Namun mereka membuktikan bahawa mereka jaguh beregu wanita nombor satu dunia selepas tidak henti menyerang Pearly-Thinaah untuk menang 21-15.
Walaupun tewas, Pearly-Thinaah boleh berbangga pada penampilan pertama selepas berjaya mara ke separuh akhir buat julung kalinya dalam sejarah beregu wanita negara di pentas Olimpik.
Pearly-Thinaah akan menentang sama ada satu lagi pasangan China, Liu Shengshu-Tan Ning atau wakil Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam penentuan pingat gangsa. – UTUSAN










