Perancis, Jerman dan UK mahu gencatan senjata disegerakan

Perancis, Jerman dan UK mahu pelan gencatan senjata disegerakan

GENCATAN senjata adalah jalan terbaik dan kita perlu bersatu mendesak Israel supaya segera menamatkan pembunuhan etnik rakyat Palestin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Tiga pemimpin negara kuasa besar iaitu Perancis, Jerman dan United Kingdom (UK) menggesa rundingan senjata api di Gaza  disegerakan dan ia tidak boleh tertangguh sambil memberi amaran kepada Iran dan sekutunya terhadap tindak balas yang meningkatkan konflik Asia Barat.

Kenyataan bersama itu dibuat selepas salah satu serangan Israel paling tragis dilaporkan di Semenanjung Gaza yang sudah terkepung lebih 10 bulan sejak perang berlangsung.

“Pertempuran mesti berakhir sekarang, dan semua tebusan yang masih ditahan oleh Hamas mesti dibebaskan. Rakyat Gaza memerlukan penyampaian dan pengagihan bantuan dengan segera dan tidak terikat,” kata kenyataan bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Canselor Jerman Olaf Scholz dan Perdana Menteri UK, Keir Starmer.

Beberapa pusingan rundingan gencatan senjata di Gaza telah gagal sehingga kini, kecuali gencatan senjata selama seminggu yang diadakan pada penghujung November lalu.

Pengantara antarabangsa telah menjemput Israel dan Hamas untuk menyambung semula rundingan ke arah gencatan senjata yang telah lama tergendala dan perjanjian pembebasan tebusan pada Khamis ini.

Ia ekoran pertempuran di Gaza dan pembunuhan pemimpin Hamas dan boleh menimbulkan ketegangan yang memuncak di rantau Asia Barat.

Dalam pada itu, tiga negara besar itu juga mengalu-alukan rundingan gencatan senjata yang sedang diusahakan oleh Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat (AS) ke arah perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan.

Tambah kenyataan itu lagi, mereka juga menggesa Iran dan sekutunya untuk mengelakkan daripada serangan yang akan meningkatkan lagi ketegangan serantau dan menjejaskan peluang untuk bersetuju gencatan senjata dan pembebasan tebusan.

“Mereka akan memikul tanggungawab atas tindakan yang menjejaskan peluang ini untuk keamanan dan kestabilan tidak ada negara lain yang akan mendapat keuntungan daripada peningkatan konflik di Timur Tengah,” kata kenyataan itu.

Perang Israel ke atas Gaza telah mengorbankan sebanyak 39,790 orang di mana terbaharu serangan udara Israel ke atas sebuah sekolah agama telah menyebabkan 93 orang terkorban dan menyebabkan rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN