PETALING JAYA: Hasrat rakyat Malaysia untuk melihat pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik terkubur apabila penyertaan jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang disingkirkan dalam saringan pertama acara keirin lelaki, sebentar tadi. Semuanya berpunca apabila Azizulhasni didapati memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek sekali gus menyebabkan perlumbaan dibatalkan dan penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu disingkirkan. Perlumbaan dimulakan semula dengan menyaksikannya dimenangi oleh pelumba Australia Matthew…