PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mensasarkan penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) 2024 bakal disertai seramai 4.5 juta rakyat dari seluruh negara. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata bagi peringkat daerah dan negeri kecuali Sarawak bakal diadakan serentak bermula 11 hingga 13 Oktober ini manakala di peringkat kebangsaan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertempat di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pada 12 Oktober…








