‘Kami serah kepada polis’

‘Kami serah kepada polis’

MAJLIS pengkebumian jenazah tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Kampung Paya Redan, Pagoh di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Ahli keluarga kepada tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Kampung Paya Redan, Pagoh, Jumaat minggu lalu menyerahkan sepenuhnya urusan siasatan kepada pihak berkuasa.

Husin Mohamed Yassin, 72, yang juga adik kepada Allahyarham Mohamed, 82, berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi disyaki dilakukan oleh anak sulung adiknya.

Katanya, insiden itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada keluarganya selain memusnahkan rumah pusaka keluarga yang berusia 100 tahun.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan abang dan kakak ipar serta cucu mereka menjadi mangsa bunuh dipercayai oleh darah daging sendiri.

“Sekarang kami sekeluarga menanti siasatan terperinci polis dan mengharapkan hukuman setimpal terhadap suspek utama sekiranya didapati bersalah,” katanya.

Pe­neroka di Bahau, Negeri Sembilan itu berkata demikian ketika ditemui selepas pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan semalam.

Dalam kejadian awal pagi Jumaat minggu lalu, pasangan warga emas, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abdul Hamid, 76, serta cucu mereka Noradriana Nor Hisyam, 11, maut selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran.

Pasangan warga emas itu maut di lokasi kejadian manakala cucunya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

Insiden itu turut menyebabkan seorang lagi cucu perempuan mereka yang berusia 14 tahun mengalami kecederaan dan sedang dirawat di HPSF.

Polis yang pada awalnya mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut menukar siasatan kepada 302 kanun keseksaan kerana membunuh selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada badan ketiga-tiga mangsa yang maut.

Pada Rabu lalu, suspek merupakan anak sulung mangsa yang ditahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, direman di Mahkamah Majistret Muar selama tujuh hari sehingga 20 Ogos bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×