Jazeman, Selim menjuarai perlumbaan Piala Asia di Jepun

Jazeman, Selim menjuarai perlumbaan Piala Asia di Jepun

JAZEMAN (tengah) dan Selim (kiri) menjulang trofi yang dimenangi mereka pada Piala Asia Lamborghini Super Trofeo di Fuji Speedway, Shizuoka, Jepun, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba empat roda negara, Jazeman Jaafar dan Selim Rafique mencatat kemenangan sensasi dalam perlumbaan 1 pada pusingan keempat Piala Asia Lamborghini Super Trofeo di Fuji Speedway, Shizuoka, Jepun, semalam.

Kedua-dua pelumba itu berjaya mempamerkan kemahiran serta semangat berpasukan yang cukup baik, mendominasi saingan di atas litar 4.5 kilometer yang memiliki selekoh laju dan teknikal yang mencabar.

Jazeman berkata, kemenangan di Fuji Speedway amat bermakna buat mereka berdua dan ia sebagai bukti hasil kerja keras yang diusahakan selama ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tanpa kerjasama baik yang ditunjukkan oleh krew pasukan Taxshield Arrows Racing Team, kami tidak mungkin dapat mencatat kejayaan ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Menurut bekas pelumba Formula 3 itu, strategi yang telah diatur mereka benar-benar menjadi dan kereta juga mempamerkan prestasi yang cukup mengagumkan.

“Kami teruja dengan keputusan ini dan kami tidak sabar untuk beraksi dalam perlumbaan akan datang di Shanghai, China,” ujarnya.

Sementara itu, rakan sepasukan Jazeman, Selim pula memberitahu, kemenangan di Fuji merupakan satu pencapaian yang cukup hebat.

“Pasukan sentiasa memberikan sokongan dan prestasi jentera juga cukup luar biasa, Jazeman dan saya berjaya mempamerkan kerjasama berpasukan yang sempurna.

“Kami amat teruja untuk meneruskan momentum kemenangan ini ke dalam perlumbaan akan datang,” jelasnya.

Jazeman dan Selim akan kembali beraksi dalam pusingan kelima Piala Asia Lamborghini Super Trofeo di Litar Antarabangsa Shanghai pada 13 – 15 September ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini