Israel biadap serang mangsa peperangan Palestin

Israel biadap serang mangsa peperangan Palestin

KEPULAN asap kelihatan dari kawasan Khan Younis selepas serangan Israel di selatan Gaza, pada Khamis lepas.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Tindakan Israel me­lakukan serangan ke atas Sekolah Al-Tabin yang menempatkan mangsa peperangan Palestin sehingga meragut lebih 100 nyawa adalah satu tindakan biadap dan tidak perikemanusian.

Presiden Iran, Masoud Pe­zeshkian berkata, tindakan Israel meneruskan pembunuhan etnik atau genosid beramai-ramai di Gaza kerana menerima sokongan daripada pihak konon­nya mempertahankan hak asasi manusia.

Memetik laporan Agensi Be­rita Republik Islam Iran (IRNA), beliau berkata, walaupun terdapat satu pihak mahu rundingan untuk mewujudkan gencatan senjata di Gaza, namun mereka gagal meletakkan had dalam sokongan mereka terhadap tindakan Isreal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata Pezeshkian, sambil menambah bahawa sikap pilih kasih sedemikian menjadikan terdapat pihak sama terlibat dalam jenayah dilakukan oleh Israel.

Presiden Iran itu juga berkata, bahawa jenayah berterusan oleh Israel adalah percubaan terdesak oleh mereka dalam menghadapi penentangan Pa­lestin dan menutupi krisis dalaman dihadapi negara itu.

Beliau kemudian menyeru masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara Islam untuk memikul tanggungjawab mereka untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau dan global.

Katanya, ia termasuklah mencegah berlakunya jenayah perang terhadap rakyat Palestin, yang disifatkannya sebagai jenayah kemanusiaan.

Kelmarin, lebih 100 rakyat Palestin maut, manakala puluhan lagi cedera akibat serangan udara rejim Zionis di sebuah sekolah di Gaza yang dijadikan tempat perlindungan golongan pelarian.

Perkembangan itu dilaporkan agensi berita rasmi Palestin hari ini, selain tentera Israel me­negaskan serangan terbabit menyasarkan pusat perintah milik Hamas.

Pejabat media kerajaan Gaza dalam kenyataan berkata, ang­ka korban mencatatkan jumlah yang tinggi berikutan serangan dilakukan ketika pelarian sedang menunaikan solat Subuh.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Jordan, berkata serangan terbaharu Israel itu adalah petunjuk bahawa Israel berusaha ‘menghalang dan menggagalkan’ usaha terkini pengantaraan untuk gencatan senjata

Salah satu negara pengantara, Qatar, menggesa penyiasatan antarabangsa segera manakala Turkiye mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mahu mensabotaj rundi­ngan gencatan senjata.

Negara pengantara lain, Amerika Syarikat dan Mesir turut mengkritik tindakan Israel yang tidak mempedulikan nyawa orang awam.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell berkata, serangan ke atas infrastruktur sekolah adalah sesuatu yang ‘mengerikan’.

Dalam pada itu, Perancis berkata, Israel seharusnya menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Britain, Switzerland, Sepanyol, Russia, Iran, Kuwait dan Bahrain selain Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengutuk serangan kejam Israel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini