Imam masjid Liverpool pilih jalan pendamaian bertemu perusuh - Utusan Malaysia

Imam masjid Liverpool pilih jalan pendamaian bertemu perusuh

ADAM Kelwick memeluk penunjuk perasaan di Liverpool, United Kingdom.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Walaupun komuniti Islam di United Kingdom (UK) berdepan ancaman Islamophobia ekoran rusuhan besar-besaran sejak minggu lalu, sebaliknya seorang iman sebuah masjid mengambil langkah berani bertemu dengan para penunjuk perasaan.

Adam Kelwick, 41 tahun, Imam Masjid Abdullah Quilliam mengambil jalan pendamaian untuk bertemu dengan sekumpulan penunjuk perasaan sayap kanan yang mengadakan protes di hadapan masjid tertua di Liverpool tersebut, baru-baru ini.

Malah beliau mengambil keputusan memeluk beberapa penunjuk perasaan sehingga perkara itu tular di media sosial meskipun perkara itu boleh meragut nyawa di samping mengedarkan makanan kepada penunjuk perasaan.

Dia dikatakan mengambil langkah demikian untuk berinteraksi dengan mendekati penunjuk perasaan bagi mendengar luahan mereka.

“Saya mempunyai keluarga. Saya mempunyai bil yang perlu dibayar dan tekanan. Kami sekeluarga sangat terkesan dengan pembunuhan gadis-gadis kecil ini di Southport,” katanya kepada media tempatan.

Ia berlaku selepas pergolakan besar di seluruh negara dicetuskan akibat dari insiden tikaman di Southport di mana kanak-kanak perempuan berusia antara enam dan sembilan tahun dibunuh.

Hampir 400 individu telah ditahan polis UK dalam tempoh seminggu susulan rusuhan anti pendatang di negara itu sejak minggu lalu dan jumlah dijangka bertambah dalam masa terdekat, lapor BBC.

Rusuhan di beberapa bandar Britain yang berlaku sejak kelmarin sehingga mencederakan polis dan kerosakan harta benda awam disifatkan paling besar sejak 13 tahun lalu.

Adam sebelum ini mempunyai pengalaman berunding dengan ahli-ahli sayap kanan termasuk Liga Pertahanan Inggeris yang dilihat terlibat dalam beberapa rusuhan yang berlaku di seluruh England.

Beliau bekerja dengan Yayasan Cahaya yang menganjurkan dialog terbuka bersama dengan mereka yang mempunyai kebimbangan mengenai masyarakat islam untuk menjelaskan mengenai agama Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN