Farah kini berstatus pemain ketiga terbaik dunia boling padang

Farah kini berstatus pemain ketiga terbaik dunia boling padang

NOR Farah Ain Abdullah lonjak ke tangga ketiga dunia. - IHSAN IG BOWLSMALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juara boling padang dunia, Nor Farah Ain Abdullah kini memperbaharui ranking dunia kepada nombor tiga terbaik.

Farah memperbaharui ranking dengan 645 mata di belakang atlet Australia, Kelsey Cottrell (801 mata) dan Tyala Bruce dari New Zealand (768 mata).

Ianya susulan daripada meraih gelaran pada Kejohanan Boling Padang Dunia Dalam Dewan 2024 Guernsey, Channel Islands, April lalu.

NOR Farah Ain Abdullah memegang trofi Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.

Beliau memperagakan aksi memberangsangkan pada penampilan sulungnya dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.

Sebelum merangkul gelaran dunia, atlet berusia 23 tahun itu meraih pingat emas pada Kejohanan Asia menerusi acara berpasukan wanita, di Pataya, Thailand, Mac lalu.

Seorang lagi atlet boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple kini menghuni di tangga kedua terbaik dunia dengan 822 mata di bawah wakil Australia, Aron Sherriff (969 mata). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×