Dua aktivis dilantik anggota kerajaan sementara.

Dua aktivis pelajar dilantik anggota kerajaan sementara Bangladesh

NAHID Islam dan Asif Mahmud mengangkat sumpah sebagai anggota kerajaan sementara Bangladesh.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Dua aktivis pelajar yang menjadi individu penting dalam mengerakkan demonstrasi besar-besaran sehingga Sheikh Hasina tersingkir sebagai Perdana Menteri dilantik menganggotai kerajaan sementara Bangladesh.

Nahid Islam dan Asif Mahmud masing-masing merupakan pelajar Universiti Dhaka antara 17 individu mengangkat sumpah sebagai anggota kerajaan sementara yang diketuai Pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Dr. Muhammad Yunus semalam.

Menurut media tempatan Dhaka Tribute, kedua-dua aktivis tersebut berjaya mengerahkan demonstrasi besar-besar bukan sahaja dalam kalangan belia, tetapi semua rakyat Bangladesh untuk ke jalanan bagi mendesak Sheikh Hasina berundur sebagai Perdana Menteri.

Nahid merupakan pelajar sarjana jurusan sosiologi manakala Asif pula mengambil kursus pengajian linguistik di universiti sama.

Dalam pada itu, Nahid dan Asif ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah berkata, mereka akan memperjuangkan hak demokrasi dan memulihkan kebebasan bersuara serta hak asasi negara itu.

“Jika Bangladesh di tangan anak-anak muda, negara ini tidak terganggu untuk matlamat,” katanya.

Terdahulu, 17 individu dalam kalangan pakar ekonomi, perundangan dan wanita dilantik sebagai anggota kerajaan sementara dengan majlis angkat sumpah berlangsung di hadapan Presiden Bangladesh, Mohammed Shahabuddin.- AGENSI.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×