KUALA LUMPUR: Tiga individu termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat pembinaan menyebabkan mangsa kerugian hampir RM1 juta, enam tahun lepas. Tertuduh, Remyrizal @ Wellen Remy Rizal, 43, dan pasangan adik beradik iaitu I. Kumara, 53, dan I. Sumathi, 49, yang merupakan pengarah Aston Villa Sdn. Bhd., mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Hamidah Mohamed…