PETALING JAYA: Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sangat memerlukan Gerakan sebagai ‘rakan kongsi’ dalam Perikatan Nasional (PN) supaya naratif ‘Malay centric’ atau ketuanan Melayu tidak mendominasi gabungan tersebut. Penganalisis politik Pusat Perdana Fakulti Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, kehadiran Gerakan dalam PN membawa naratif berbeza iaitu gabungan tersebut tidak hanya mewakili orang Melayu Islam semata-mata. Sebaliknya, katanya, Gerakan yang mempunyai ahli daripada seluruh kaum…










