GEORGE TOWN: Cadangan wakil pembangkang agar kerajaan negeri membubarkan Georgetown World Heritage Incorporated (GTWHI) sebagai salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) susulan kontroversi berkaitan video promosi Festival George Town 2024 adalah satu permintaan yang tidak munasabah. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, GTWHI perlu dinilai dari segi peranan agensi itu untuk memastikan George Town kekal sebagai tapak warisan dunia. Katanya, GTWHI telah wujud selama 16 tahun dan ia diberi…