Syaqiera pecah rekod peribadi aksi kelayakan Olimpik Paris

Syaqiera pecah rekod peribadi aksi kelayakan Olimpik Paris

SYAQIERA Mashayikh ketika membidik anak panah pada aksi kelayakan memanah individu wanita Sukan Olimpik Paris 2024 di lapangan Esplanade des Invalides, hari ini. - IHSAN FB MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemanah negara, Syaqiera Mashayikh membuktikan kelasnya tersendiri di bumi Paris apabila mencatat rekod peribadinya yang baharu, hari ini.

Atlet berusia 23 tahun itu mencatat 663 mata secara keseluruhan sekali gus meraih kedudukan ke-14 pada aksi kelayakan memanah individu wanita.

Beliau mengatasi pencapaian terbaiknya sebelum ini dengan 649 mata.

Rekod peribadinya yang baharu itu hanya kurang enam mata dari rekod kebangsaan iaitu 669 mata yang diperoleh Ariana Nur Dania Mohamad Zairi ketika Piala Dunia Memanah Stage 3 di Antalya, Turkiye, bulan lalu.

Pemanah kelahiran Segamat itu dalam kedudukan 20 teratas daripada 64 atlet sekali gus memberi laluan mudah untuknya bertemu dengan atlet dari Moldova Alexandra Mirca pada pusingan penyingkiran.

Untuk rekod, Syaqiera hanya menamatkan saingan di tempat ke-43 pusingan penyingkiran selepas tewas kepada pemana Rusia, Elena Osipova pada edisi lalu.

Dalam pada itu, Ariana yang menjadi atlet sandaran mencipta kejutan menamatkan saingan di kedudukan ke-50 dengan 633 mata.

Beliau selepas ini akan membuat perhitungan dengan Chiara Rebagliati dari Itali yang menamatkan saingan di tempat ke-15 dengan 663 mata pada Rabu depan.

Seorang lagi pemanah, Nurul Azreena Mohamad Fazil meraih kedudukan ke-60 dengan membidik 622 mata menyaksikan beliau akan bertemu dengan atlet Turkiye, Elif Berra Gokkır yang menamatkan saingan di tempat kelima dengan 671 mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN