Ribut petir, hujan lebat di Terengganu, Pahang, Johor hingga 5 petang

Ribut petir, hujan lebat di Terengganu, Pahang, Johor hingga 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Terengganu, Pahang serta seluruh Johor sehingga pukul 5 petang ini.  

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), keadaan itu turut dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Sabah dan Sarawak. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Terengganu (Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu); Pahang (Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) dan Johor. 

“Selain itu di Sarawak: Limbang dan Sabah: Pedalaman (Sipitang dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat,” menurut hantaran di Facebook. 

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN