PARIS: Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo menegaskan tindakan sabotaj terhadap rangkaian kereta api berkelajuan tinggi Perancis tidak akan memberi impak kepada majlis pembukaan Olimpik Paris 2024. Tindakan yang disifatkan ‘tidak boleh diterima’ itu bagaimanapun tidak menjejaskan rangkaian pengangkutan di ibu kota Perancis. Beliau membuat kenyataan tersebut kepada media selepas perjumpaan dengan Raja Sepanyol, Felipe VI. Menurut Anne, rangkaian kereta api berkelajuan tinggi Perancis mengalami gangguan dan serangan beberapa jam sebelum…