PADANG BESAR: Polis merampas 358 karton rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM94,512 menerusi Op Taring Wawasan Kedah/Perlis di sempadan Malaysia-Thailand, semalam. Menerusi operasi sekitar pukul 7.15 pagi itu, sepasukan anggota Padukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 Pengkalan Hulu Perak membuat pemeriksaan hasil daripada risikan ke atas sebuah kontena putih terbiar di Ladang Kenaf, Chuping, di sini. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, hasil pemeriksaan tersebut,…










