MELAKA: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mempertingkatkan usaha menangkap seekor buaya tembaga yang membaham seekor lagi kambing di Kampung Tengah, Klebang di sini, minggu lalu. Pengarah Perhilitan Melaka, Petra Sulai berkata, pihaknya menerima satu klip video berhubung kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 6 petang pada 23 Jun lalu. Menurutnya, anggotanya telah digerakkan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan pada 24 Jun dan mengesahkan kejadian berkenaan. “Hasil siasatan kejadian tersebut berlaku di tepi tebing Sungai Malim yang berhampiran dengan kandang kambing milik pengadu dengan jarak antara kandang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya