Penunjuk perasaan 'sambut' Netanyahu - Utusan Malaysia

Penunjuk perasaan ‘sambut’ Netanyahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ribuan penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan utama di sekitar bangunan Capitol semalam, sebagai membantah kunjungan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang berucap di Kongres AS mengenai konflik Israel-Palestin.

Penunjuk perasaan dilihat mengibarkan bendera Amerika Syarikat (AS), membakar patung Netanyahu yang berlumuran darah serta melaungkan slogan pro-Palestin sebelum berarak dari Union Station ke bangunan Capitol yang menempatkan Kongres.

BBC melaporkan, kumpulan pembantah turut menyekat enam persimpan ke bangunan Capitol ketika pasukan keselamatan dikerah mengawal keadaan.

Jelas BBC, ada antara penunjuk perasaan bertindak ganas dengan merempuh barisan anggota polis yang berkawal sehingga memaksa pasukan keselamatan itu melepaskan semburan lada.

Polis melaporkan, kira-kira 200 penunjuk perasaan ditahan berikutan kejadian tersebut.

Sementara itu, Netanyahu dalam ucapannya di Kongres berterima kasih kepada kerajaan pimpinan Presiden AS, Joe Biden atas sokongan Washington selama ini kepada Israel dalam peperangan menentang Hamas.

“AS dan Israel perlu bersatu. Apabila kita sepakat, kita akan menang dan mereka (Hamas) kalah,” katanya.

Beliau pada masa sama mendesak AS membekalkan lebih banyak senjata kepada pihaknya dengan berkata, lebih banyak senjata diterima, lebih cepat Israel boleh menewaskan musuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN