BERPELUANG memilih sendiri lauk-pauk yang diingini bagi hidangan teppanyaki sememangnya satu kepuasan kepada individu. Jika anda merupakan penggemar daging, tentunya boleh melebihkan bahan mentah itu berbanding ayam. Atau anda juga boleh menggabungkannya bersama kepingan salmon, udang atau kupang mengikut citarasa masing-masing. Tempoh menunggu sajian siap dimasak kira-kira lima minit seolah-olah tidak terasa apabila menghidu aroma harum dan enak. Bukan hanya teppanyaki, bahkan pengalaman omakase eksklusif itu boleh dinikmati membabitkan beberapa…