Mengakui ambil dadah, Mamat Exist didenda RM4,000

Mengakui ambil dadah, Mamat Exist didenda RM4,000

MAMAT Exist didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas vokalis Kumpulan Exist, Mamat didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan pada 2019.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 47, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Fatimah Zahari.

Jika gagal membayar denda tersebut, Mamat boleh dihukum penjara dua tahun serta menjalani tempoh pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bentong, Pahang selama dua tahun.

Walau bagaimanapun, penyanyi kumpulan rock itu menjelaskan bayaran denda yang dikenakan.

Berdasarkan pertuduhan pindaan yang dibacakan, Mamat didakwa mengambil dadah jenis methamphetamine di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara pada pukul 2 pagi, 9 September 2019.

Mamat yang pernah popular bersama kumpulan rock 90-an itu juga mempunyai kesalahan berulang mengambil dadah pada tahun 2016 dan 2018.

Sebelum ini dia didakwa di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Bariah Jalil, manakala Mamat diwakili peguam bela, Azlina Abdul Aziz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×