PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya naik satu anak tangga untuk tangga ke-134 dunia berdasarkan kedudukan terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), hari ini. Terdahulu Malaysia menduduki tangga ke-135 pada kemas kini kali terakhir pada 20 Jun lalu. Kedudukan tersebut menyaksikan pasukan kebangsaan berada satu anak tangga di belakang Indonesia yang turut naik satu anak tangga di kedudukan ke-133 dunia. Thailand turun satu anak tangga untuk menduduki ke-101 dunia manakala…










