PETALING JAYA: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi bakal membuat penampilan sulung di pentas Sukan Olimpik Paris selepas dipilih oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk bertanding menggunakan slot wildcard. KOM menerusi Jawatankuasa Pemilihan telah mengadakan mesyuarat semalam sebulat suara memilih pemegang rekod kebangsaan 100 meter (m) lelaki itu, mengetepikan seorang lagi calon akhir iaitu pelari 400m negara, Shereen Samson Vallabouy. Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata keputusan itu diambil…