Jaehong elak KDN FC kecundang di laman sendiri

Jaehong elak KDN FC kecundang di laman sendiri

PARK JAEHONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Park Jaehong menuntut seluruh barisan pemainnya untuk memberikan aksi terbaik bagi menggelakkan mereka terus kecundang di gelanggang sendiri berdepan Perak FC, esok.

Jaehong berkata, hal ini kerana ia tidak baik untuk pasukan dalam usaha membebaskan diri daripada kelompok bawahan Liga Super.

Menurutnya, kekalahan 0-3 kepada Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sebelum ini perlu dipadamkan dengan bangkit pada aksi menentang Perak FC.

“Ini tanggungjawab pemain kepada kelab dan pasukan. Apabila turun berdepan Perak FC nanti, laksanakan setiap tugasan yang diberikan dengan sebaiknya.

“Semua pihak kecewa dengan kekalahan sebelum ini terutama penyokong-penyokong. Justeru saya harap kita menang sekali gus membuktikan KDN FC masih mampu bersaing,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu memberitahu, perlawanan kali ini sangat penting kerana sebarang keciciran mata akan membawa kerugian besar skuad Sang Kijang Emas.

Selepas mengharungi lima perlawanan, KDN FC berada di kedudukan kedua tercorot selepas hanya meraih satu kemenangan dan empat kalah dengan menggumpul tiga mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN