PETALING JAYA: Dua pemain negara, Darren Pragasam dan K. Sehveetrraa merangkul gelaran pada Kejohanan Trofi Presiden Persatuan Skuasy Negeri Sembilan (PSNS) di Seremban, Negeri Sembilan, semalam. Dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki, Darren berjaya mengetepikan wakil Mesir, Ziad Ibrahim menerusi kemenangan straight set 11-6, 11-7, 11-6. Untuk final perseorangan wanita pula, Sehveetrraa membenam rakan senegara, Wong Heng Wai dalam pertarungan sengit yang diheret sehingga ke set penentuan 11-4, 11-13, 11-8, 10-12,…