GELSENKIRCHEN: England menghadapi detik cemas apabila hampir tersingkir di Euro 2024 apabila ketinggalan 1-0 kepada Slovakia, namun Jude Bellingham menyelamatkan keadaan untuk ke masa tambahan, sebentar tadi. Pada aksi mendebarkan itu, Slovakia membuka jaringan menerusi Ivan Schranz pada minit ke-25 permainan sehingga tamat separuh masa pertama. Bersambung babak kedua menyaksikan England menemui momentum permainan apabila Phil Foden menjaringkan gol namun terpaksa akur apabila jaringannya dibatalkan akibat ofsaid. England semakin berputus…