HAMBURG: Wout Weghorst menjadi hero selepas dibawa masuk pada minit akhir permainan untuk memastikan kemenangan pertama skuad Belanda 1-2 ke atas Poland, sebentar tadi. Pada aksi yang berlangsung di Stadium Volksparkstadion, Poland kehilangan tonggak utamanya, Robert Lewandowski susulan kecederaan dan meletakkan Adam Buksa di kesebelasan utama. Buksa sebagai penyerang ternyata membuahkan hasil apabila meledak jaringan pembukaan minit ke-16 untuk meletakkan Poland dihadapan. Skuad Oranje kemudian menyamakan kedudukan apabila Cody Gakpo…