PARIS: Perancis dan Amerika Syarikat (AS) mahu bekerja lebih keras untuk menghalang peningkatan perang yang lebih meluas di Asia Barat dengan keutamaan untuk menenangkan keadaan antara Israel dan Hezbollah.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, pihaknya akan menggandakan usaha bersama-sama untuk mengelakkan letupan serantau, khususnya di Lebanon.
Macron menambah bahawa kedua-dua pihak sedang mengusahakan parameter kemajuan untuk mengurangkan ketegangan di Lebanon.
Perancis dan AS dalam beberapa bulan kebelakangan ini berusaha untuk meredakan ketegangan dengan Perancis mengemukakan cadangan bertulis kepada kedua-dua pihak bertujuan menghentikan peperangan yang semakin buruk antara Israel dan Hezbollah di sempadan.
AS juga mengusahakan isu itu, tetapi para diplomat berkata, terdapat masalah dalam menyelaraskan usaha berkenaan.
Macron berkata, kedua-dua negara akan membangunkan penyelarasan rapat dalam perbincangan dengan Israel.
Jelasnya, Biden didakwa tidak menyebut Lebanon dalam kenyataan pendek itu dan juga tidak menyebut Iran yang dikatakan mengamalkan strategi peningkatan di rantau itu dengan memetik serangan Tehran ke atas Israel dan pembangunan program nuklearnya.
“Kedua-dua negara kita bertekad untuk mengenakan tekanan yang diperlukan untuk menghentikan trend ini,” kata Macron.
Di sebalik ketetapan AS, Perancis, Britain dan Jerman minggu lalu mengemukakan resolusi terhadap Iran yang diluluskan berhubung program nuklearnya di Lembaga Gabenor 35 negara badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Walaupun akhirnya menyokong resolusi itu, AS menunjukkan keraguan terlebih dahulu dengan para diplomat berkata AS bimbang ia boleh mencetuskan provokasi Iran, sesuatu yang ingin dielakkan sebelum pilihan raya presiden November ini. -REUTERS










