Modi angkat sumpah Perdana Menteri India Sabtu ini 

Modi angkat sumpah Perdana Menteri India Sabtu ini 

NARENDRA Modi memberi isyarat bagus ketika dia tiba di ibu pejabat Parti Bharatiya Janata (BJP) di New Delhi, India, semalam. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HYDERABAD: Perdana Menteri India, Narendra Modi dijangka mengangkat sumpah untuk penggal ketiga pada 8 Jun ini, selepas sekutu utamanya berikrar memberi sokongan berterusan sehari selepas keputusan pilihan raya diumumkan.

Beliau bagaimanapun kehilangan majoriti di Parlimen.

Modi seorang populis yang mendominasi politik India sejak berkuasa pada 2014 buat pertama kalinya memerlukan sokongan rakan sekutu serantau.

Rabu lalu, dua sekutu dalam gabungan iaitu Perikatan Demokratik Kebangsaan (NDA) serta Parti Telugu Desam (TDP) di negeri selatan Andhra Pradesh dan Janata Dal (United) yang memerintah negeri Bihar di utara, berikrar untuk memberi sokongan mereka.

“Kami bersama NDA. Saya akan menghadiri mesyuarat di Delhi hari ini,” kata Ketua TDP, Chandrababu Naidu kepada pemberita merujuk kepada mesyuarat pakatan yang diketuai  Parti Bharatiya Janata (BJP) yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Kabinet Persekutuan bermesyuarat pada pagi tadi dan mengesyorkan pembubaran Parlimen, satu formaliti Perlembagaan sebelum Modi boleh membentuk kerajaan baharu.

Modi dan Kabinet baharunya dijadualkan mengangkat sumpah pada Sabtu ini, lapor media tempatan.

NDA memenangi 293 kerusi dalam dewan rendah Parlimen yang mempunyai 543 anggota, lebih daripada 272 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

BJP pimpinan Modi memenangi 240 kerusi sendiri, keputusan yang lemah yang boleh memperlahankan pengetatan fiskal India, kata agensi penarafan Moody’s.

Majoriti yang lemah bagi pakatan Modi boleh menimbulkan cabaran bagi elemen yang lebih bercita-cita tinggi dalam agenda reformasi kerajaan, kata agensi penarafan Fitch.

Bagaimanapun, Fitch menambah, walaupun majoriti yang lebih tipis, pihaknya menjangkakan kesinambungan dasar yang luas akan berterusan dengan kerajaan mengekalkan tumpuannya pada dorongan belanja modalnya.

Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada kemudahan menjalankan langkah perniagaan dan penyatuan fiskal secara beransur-ansur. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN