Laksa kari ala Cina

Laksa kari ala Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BARU-baru ini, menu laksa trending di laman TikTok gara-gara lagu Chentaku nyanyian Zizan Razak.
Lagu berkonsepkan hiphop yang kembali popular itu antara lain menyebut mengenai laksa Sarawak dalam bait-bait liriknya.
Dengan populariti laksa yang makin melonjak, Seri terpanggil untuk berkongsi cara penyediaan juadah istimewa itu.
Sebenarnya ada pelbagai jenis laksa termasuk yang berasaskan kenegerian.
Setiap satunya mempunyai tarikan dan peminat tersendiri kerana rasanya yang enak.
Kali ini, Seri tampilkan resipi laksa kari ala Cina untuk disediakan di rumah. Tunggu apa lagi, jom cuba!
Bahan-bahan
a) Pes
-1 kilogram bawang merah
-750 gram serai
-120 gram lengkuas
-110 gram kunyit hidup
-30 gram daun kesum
-150 gram udang kering
-180 gram buah keras
-60 gram cili giling
-400 gram minyak masak
Cara penyediaan
-Kisar halus semua bahan-bahan di atas, masukkan sedikit air supaya bahan sebati.
-Tuangkan sedikit minyak masak, biarkan panas dan masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
-Tumiskan sehingga pecah minyak dan masukkan sedikit air.
-Sejukkan pes seketika untuk menyiapkan bahan-bahan kari laksa.
b) Kuah, bahan hiasan
-90 gram bihun (dicelurkan)
-350 gram pes laksa
-2 biji tauhu pok (dipotong dua)
-15 gram kacang panjang (dipotong panjang dan dicelur)
-30 gram terung panjang (dipotong panjang dan digoreng)
-10 gram tauge (dicelur)
-30 gram ayam carik (dicelur)
-40 gram timun
-3 ekor udang
-1 biji limau kasturi
-¼ cawan santan
-Garam, gula, serbuk perasa (secukup rasa).
Cara penyediaan
-Masukkan pes laksa ke dalam kuali panas diikuti sedikit air.
-Kemudian masukkan tauhu pok, udang, garam, gula dan serbuk perasa
-Kemudian matikan api dan tuangkan santan.
-Kacau hingga kuah sebati.
-Ceduk kuah ke dalam mangkuk dan letakkan bihun serta bahan hiasan lain seperti ayam, kacang panjang, terung, tauge, timun dan limau kasturi.

Terima kasih : Cef Bo Ibrahim Zakir

Lokasi : Meet & Dine di Sungai Long, Kajang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×