TUMPAT: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendedahkan usaha menghidupkan semula Kelantan FA untuk kembali semula bagi mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) sudah dimulakan secara secara diam-diam. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agungnya Husin Deraman berkata, pasukan itu akan membuat kemunculan semula dalam Liga M tahun hadapan. “Ia merupakan sebahagian daripada objektif ‘road map’ KAFA 2024-2034. “Kita sedang berusaha membina sebuah pasukan baharu untuk kembali terlibat dalam peringkat nasional,” katanya…










