COLOGNE: England muncul juara Kumpulan C Kejohanan Eropah (Euro) 2024 selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Slovenia.
Skuad Three Lions itu telah pun mara ke pusingan kalah mati mendominasi sebahagian besar permainan namun masih gagal menembusi gawang lawan.
England sebelum ini menerima kritikan daripada penyokong sendiri berikutan aksi kurang memberangsangkan ketika menewaskan Serbia 1-0 dan seri 1-1 menentang Denmark.
Skuad kendalian Gareth Southgate itu dijadual bertemu pasukan ketiga terbaik daripada Kumpulan D, E atau F di pusingan kalah mati pada 1 Julai ini.
Slovenia turut mara mengiringi England ke peringkat kalah mati selepas menjadi salah satu daripada empat pasukan terbaik di tempat ketiga. – AGENSI










