Jemaah haji tertua berusia 130 tahun dari Algeria

Jemaah haji tertua berusia 130 tahun dari Algeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Seorang jemaah haji berusia 130 tahun dari Algeria, Sarhuda Siti mencuri tumpuan ramai apabila tiba di Mekah untuk menunaikan ibadah haji, lapor Saudi Gazette. 

Ketibaan wanita itu disambut dengan majlis istimewa dan kalungan bunga di Lapangan Terbang Jeddah, sekaligus mencerminkan dedikasi negara itu menjaga jemaah haji yang lebih tua. 

Kerajan Arab Saudi meletakkan keutamaan yang tinggi dalam memastikan kesejahteraan tetamu warga emas ini. 

Buktinya, Kementerian Kesihatan Arab Saudi membuat persiapan bagi menampung jemaah haji warga emas, termasuk hospital dan klinik lapangan bergerak. 

Kakitangan perubatan juga dilatih khas untuk menguruskan keadaan kronik dalam kalangan warga emas seperti hipertensi, diabetes dan penyakit jantung. 

Kementerian Haji dan Umrah memastikan setiap jemaah dilengkapi gelang tangan yang mengandungi maklumat penting, termasuk nama, kewarganegaraan, alamat, keadaan kesihatan dan jenis darah mereka. 

Ini membantu memastikan jemaah haji warga emas mendapat penjagaan yang sewajarnya sepanjang penginapan mereka. 

Data kesihatan dan sejarah perubatan juga ditambahkan pada gelang tangan, kerana ia penting untuk menyediakan bantuan perubatan tepat pada masanya.

Selain itu, kementerian menekankan kepentingan vaksinasi untuk mencegah penyakit berjangkit seperti meningitis.

Langkah-langkah komprehensif ini memastikan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan bantuan kecemasan tersedia. 

Gelang tangan juga membantu menyatukan semula jemaah haji yang hilang dengan kumpulan mereka dengan cepat.

Pihak kementerian juga melancarkan inisiatif untuk menyokong jemaah warga emas, seperti pengangkutan percuma pergi dan balik, penginapan dan penyediaan perkhidmatan bergerak dan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan di kawasan sesak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya